ALAMAT: 25B JALN ANGGERIK, KAMPUNG FELDA NITAR JARAK KE TEMPAT KEJADIAN (KM): 26 KM
MASA OPERASI TAMAT: 13:22:00
MANGSA: 1 MANGSA
KEANGGOTAAN: BBP MERSING
KOMANDER OPERASI: PBK II MOHAMED ZAINUDDIN BIN AHMAD
CATATAN:
SETIBANYA PASUKAN KELUARAN OPERASI (PKO) DI TEMPAT KEJADIAN DIDAPATI BENAR TERDAPAT SEORANG MANGSA WARGA EMAS TIDAK SEDARKAN DIRI DI ATAS BUMBUNG RUMAH .
PKO BERTINDAK MENURUNKAN MANGSA MENGGUNAKAN TANGGA DAN STRECHER.
MANGSA TELAH DISAHKAN MENINGGAL DUNIA OLEH PIHAK KKM.
SETELAH MEMASTIKAN KEADAAN SELAMAT PKO LAPOR BALIK KE BALAI.
Putrajaya: PUSPAKOM yang pada hari ini diberikan lesen pemeriksaan kenderaan meliputi pemeriksaan awalam, pemeriksaan berkala dan pemeriksaan tukar milik.
Pada 17.3.23 kerajaan telah menamatkan lesen eksklusif kepada Puspakom untuk memeriksa kenderaan dan serentak dengan itu kerajaan membuka kepada mana-mana syarikat yang berminat untuk mendapatkan lesen pemeriksaan kenderaan.
Syarat-syarat pula adalah sepertimana yang dikenakan kepada Puspakom sebelum ini, dan berdasarkan syarikat mana yang terlebih dahulu menghantar permohonan akan diproses lebih awal.
Kepada syarikat yang berminat boleh mendapatkan borang di laman web Kementerian Pengangkutan atau datang sendiri ke Kementerian Pengangkutan Malaysia.
Tinjauan petang ini mendapati kawasan parkir terbuka di hadapan Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur dinaiki air dan turut menenggelamkan beberapa kenderaan perwakilan Perhimpunan Agung UMNO 2024.
Harapnya tiada kerosakan teruk yang berlaku pada semua kenderaan ini.
Penyanyi dan komposer, Yasin Sulaiman dihukum penjara seumur hidup dan 16 sebatan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Khamis, selepas didapati bersalah atas tiga kes dadah yang dihadapinya.
Hakim, Datuk Norsharidah Awang memutuskan demikian selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan untuk mengetepikan keputusan pembebasan Yasin, 49, yang dibuat Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada 29 November tahun lalu.
Penemuan konsisten, kematian Nidza Afham tiada unsur jenayah – Polis
KUALA LUMPUR – Siasatan kes kematian Muhammad Nidza Afham Mokhtar, 23, masih diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR).
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, hasil siasatan terkini oleh JSJ adalah konsisten dengan laporan bedah siasat yang dijalankan oleh Hospital Shah Alam.
Pihak Polis Daerah Johor Bahru Selatan sedang mengesan dan meminta bantuan orang ramai sekiranya mempunyai sebarang maklumat berkaitan individu tersebut.
Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lokasi individu tersebut boleh terus ke mana- mana balai polis berhampiran atau menghubungi talian hotline IPD Johor Bahru Selatan di talian 07- 2182323.
Kerjasama masyarakat dalam membantu penyiasatan PDRM amat diperlukan.
MAYAT MANGSA KETIGA PERAHU KARAM DI SELAMPIT LUNDU DITEMUKAN TERAPUNG
Lundu, 22 Ogos – Mayat terakhir mangsa yang dilaporkan hilang di Sungai Kayan Kampung Selampit Lundu ditemui pada pukul 6.38 minit pagi tadi.
Menurut Pemangku Pengarah Bomba dan Penyelamat Sarawak Tiong Ling Hii, mayat mangsa remaja perempuan itu dikenali sebagai Alasma Jithil telah dijumpai oleh penduduk kampung.
Dedahnya, mayat mangsa berusia 14 tahun itu dijumpai terapung 100 meter di hulu sungai dari tempat kejadian kemudian diserahkan kepada pihak Sarawak Coastguard.
Mangsa merupakan antara yang terkorban dalam kejadian perahu karam yang membawa 20 penumpang menyeberang sungai tersebut sekitar pukul 6.10 pagi Isnin lepas.
Tiga remaja yang terkorban dalam kejadian itu dikenali sebagai Vilkie Wilson remaja lelaki berusia 15 tahun dan seorang remaja perempuan 17 tahun dikenali sebagai Helena Fasha Petrus serta Alasma Jithil 14 tahun
Pasangan warga emas maut dirempuh pemandu van terlelap
MELAKA – Sepasang suami isteri warga emas maut selepas hampir empat jam bertarung nyawa di hospital susulan terlibat dalam nahas gara-gara pemandu sebuah van terlelap ketika memandu di Jalan Kandang, di sini, semalam.
Mangsa, Syahmzah Zainuddin, 69, serta isteri, Mariam Chik, 60, yang menunggang motosikal jenis Yamaha Ego mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia oleh pihak Hospital Melaka kira-kira pukul 5 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, kemalangan itu laporkan berlaku pada pukul 10.25 malam ketika pasangan terbabit dalam perjalanan dari arah Telok Mas menuju ke Bukit Piatu.
“Setiba di lokasi sebuah van jenis Perodua Rusa dipandu pemuda berusia 23 tahun yang dari arah bertentangan telah terbabas masuk ke laluan mangsa dipercayai kerana terlelap lalu merempuh motosikal ditunggangi warga emas berkenaan.
“Akibat kemalangan itu, pasangan terbabit telah tercampak ke dalam longkang dan masing-masing mengalami kecederaan pada kaki, tangan dan paru-paru serta mulut koyak dan cedera di kepala,” katanya.
Samun warga emas sedang bersenam, polis buru lelaki bernama Palla
POLIS kini memburu M. Nimela @ Palla yang dipercayai terlibat dalam kejadian samun warga emas di kawasan perumahan Taman Mewah Baru 1, Klang pada 8 Ogos lepas.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, dalam kejadian pukul 6.30 pagi itu, mangsa seorang perempuan tempatan berusia 67 tahun telah keluar dari rumah untuk bersenam.
Beliau berkata, sebuah kereta jenis tidak pasti berwarna biru telah berhenti di belakang mangsa secara tiba-tiba.
“Suspek seorang lelaki telah keluar dari kereta lalu menarik rantai leher mangsa.
“Suspek seterusnya melarikan diri menggunakan kenderaan yang sama dipercayai bersama seorang lagi suspek yang memandu kereta tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, mangsa telah terjatuh dan mengalami kecederaan luka di dada dan siku kiri.
Malah, mangsa juga mengalami kerugian kehilangan rantai leher bernilai RM3,000.
“Pada 16 Ogos, polis telah membuat tangkapan terhadap dua lelaki berusia 18 dan 23 tahun yang mempunyai dua rekod jenayah lampau.
“Melalui tangkapan tersebut, polis telah mengenal pasti seorang lagi suspek berusia 32 tahun yang turut terlibat dalam kes ini dan masih bebas,” ujarnya.
Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek diminta menyalurkan di talian 03-33762222.
Majistret Putrajaya membenarkan 9 lelaki dan 2 wanita yang juga pegawai sebuah agensi penguat kuasa direman lima hari bermula hari ini hingga 25 Ogos ini.
Manakala seorang lagi wanita pula direman empat hari dari 21 hingga 24 Ogos ini.
Kesemua yang ditahan reman bagi membantu siasatan kes sindiket membawa masuk warga asing melalui pintu negara tanpa melalui pemeriksaan.
Bekas Perdana Menteri merangkap Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin (TSMY) tiba ke bangunan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia di KL Sentral tepat jam 10.30 pagi tadi untuk dirakam keterangan oleh polis berkaitan ucapan didakwa menyentuh 3R semasa kempen PRK DUN Nenggiri awal Ogos 2024
MOTIF PEMBUNUHAN DUA BERANAK DIPERCAYAI AKIBAT KEGANASAN RUMAH TANGGA
ALOR SETAR, 20 Ogos 2024 – Motif pembunuhan seorang wanita dan anak perempuannya yang ditemukan di dalam longkang di belakang sebuah bangunan terbiar berdekatan Pekan Simpang Kuala di sini semalam dipercayai akibat keganasan rumah tangga.
Timbalan Ketua Polis Kedah DCP Adzli Abu Shah berkata kejadian itu tidak melibatkan pihak lain atau keganasan terancang, sekali gus meminta orang ramai untuk menghentikan spekulasi yang tular dalam media sosial mengenai keadaan yang tidak selamat di negeri ini sehingga mencetuskan kegusaran masyarakat.
“Polis menerima maklumat mengenai kejadian pada 5.04 petang semalam dan menjumpai dua mayat dengan kesan kelar pada leher kedua-dua mangsa. Hasil risikan kemudian berjaya menahan suspek berumur 43 tahun yang merupakan suami dan bapa kepada mangsa pukul 9.20 malam.
Siasatan awal mendapati suspek tinggal di bangunan terbiar itu sejak seminggu lepas bersama isteri dan tiga anak. Dalam kejadian semalam, polis menjumpai mayat isteri dan anak perempuannya yang berusia 10 tahun manakala seorang anak lelaki berusia lima tahun ditemukan selamat bersama suspek ketika ditahan,” katanya pada sidang media di sini hari ini.
Sementara itu, beliau berkata pihaknya juga sedang menyiasat penemuan satu mayat kanak-kanak lelaki dianggarkan berusia dua tahun yang dijumpai di Pantai Leman, Kuala Kedah pada 12 tengah hari tadi yang dipercayai merupakan anak bongsu suspek.
“Siasatan awal terhadap mayat kanak-kanak itu turut menemukan kesan kelar sama seperti dua mayat semalam. Jadi, kita percaya mayat itu merupakan anak bongsu suspek dan kita akan jalankan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) untuk mengesahkan identiti mangsa,” katanya.
Adzli berkata pihaknya mengesyaki kesemua mangsa dibunuh pada Ahad lepas di dalam bangunan terbiar itu sebelum dua mangsa dibuang di dalam longkang berdekatan.
Pada malam kejadian katanya, ada saksi yang ternampak suspek bersama anak lelakinya berada berhampiran longkang di Jalan Pegawai kira-kira dua kilometer dari bangunan itu dan terdengar seperti ada sesuatu yang dibuang di dalam longkang besar berkenaan.
Dalam pada itu, Adzli berkata suspek yang hidup secara gelandangan bersama isteri dan anak-anaknya itu turut positif tiga jenis dadah iaitu amphetamine, methamphetamine dan mop.
“Mungkin suspek ada tekanan keluarga, ditambah pula bawah pengaruh dadah, jadi kemungkinan besar ini semua melibatkan keganasan rumah tangga tetapi kita akan soal siasat anak lelakinya yang berusia lima tahun itu kerana sekarang dia masih dalam keadaan trauma.
“Suspek kini ditahan reman hingga 26 Ogos dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.