Like this:

DAKWA PENCEROBOH DULU, SEBELUM BICARA TENTANG PEMUTIHAN TANAH HARAM

Saya selaku anak Melayu jati Pahang, dengan ini membuat tuntutan secara terbuka kepada Pihak Berkuasa Negeri Pahang, supaya menangguhkan sebarang usaha ke arah pemutihan tanah kerajaan yang diteroka haram, sehingga semua penceroboh terbabit, didakwa di Mahkamah.

Tuntutan ini adalah sejajar dengan Titah Perintah Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, yang mahu isu pencerobohan tanah haram di Pahang, dinokhtahkan segera.

Pada pandangan saya, pemutihan tanah haram tanpa sebarang tindakan undang-undang terhadap penceroboh, hanya akan mengundang malapetaka kepada kedaulatan khazanah negeri, apabila ia menjadi “precedent case” pada masa depan.

Jika tuntutan secara terbuka ini tidak dipenuhi, saya dengan kerjasama NGO-NGO Pembela Melayu Islam akan mengambil langkah-langkah mengikut keluhuran Perlembagaan dan Undang-Undang Negara.

Antaranya, memfailkan Permohonan Perintah Injunksi Mahkamah terhadap sebarang usaha pemutihan tanah teroka haram, selagi kesemua penceroboh terbabit tidak didakwa di Mahkamah.

KHAIDIR AHMAD

@Wartawan Tua,

Temerloh, Pahang

20 Mei 2025

Musang king

Leave a Reply

Like this:

Discover more from Dunia E-Hailing & P-Hailing

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading