Like this:

GV Ride Umum Pelan Transformasi EV

GV Ride Umum Pelan Transformasi EV dan Insentif Baru untuk Pemandu serta pengguna e-hailing Tempatan

Kajang, 29 Mei 2025,
Petang semalam berlangsung Majlis Penyampaian Hadiah Kayuh dan Menang anjuran syarikat e-hailing tempatan GV Ride, bagi menghargai usaha gigih pemandu-pemandu e-hailing dalam platform tersebut yang telah disempurnakan oleh YB Mohd Sany Hamzan, Ahli Parlimen Hulu Langat.

Dalam sidang media selepas majlis, YB Mohd Sany menyatakan penghargaan kepada pihak GV Ride yang telah berjaya melaksanakan program ini dengan jayanya.

"Program Kayuh dan Menang ini merupakan usaha murni bagi memberi semangat dan dorongan kepada pemandu GV Ride supaya mereka dapat berkhidmat dengan penuh integriti, adab, serta tanggungjawab. Mereka adalah duta negara kita – individu pertama yang akan ditemui pelancong dari dalam dan luar negara setelah tiba di lapangan terbang," katanya.

GV Ride, syarikat e-hailing tempatan yang dimiliki dan diusahakan oleh rakyat Malaysia, turut mengumumkan beberapa inisiatif baharu demi menambah baik kehidupan pemandu dan pengguna perkhidmatan mereka.

Turut diumumkan oleh En Kabeer Maand Singh CEO GV Ride ialah hasrat syarikat itu untuk melakukan tranformasi kepada Kereta Elektrik (EV) menjelang tahun hadapan.

GV Ride merancang pelancaran projek sewa beli EV, membolehkan pemandu memiliki kereta EV dengan deposit serendah RM2,000 - RM3,000, dan bayaran bulanan selama 5 tahun.

"Kami akan mulakan projek EV dengan 1,000 buah kereta terlebih dahulu. Fokus diberikan kepada pemandu sepenuh masa kerana mereka lebih berkemampuan untuk menampung kos penyelenggaraan EV," jelas En. Kabeer.

GV Ride juga bakal memperkenalkan program Sistem Bateri Swapping yang hanya akan mengambil masa sekitar 5 minit sahaja untuk melengkapkan proses tersebut.

Selain itu promosi tambang percuma meliputi kawasan Subang akan diperluaskan kepada seluruh kawasan Kuala Lumpur yang akan bermula pada 1 Jun hingga 16 Jun depan pada kadar tambang di bawah RM10.00

Sementara itu keistimewaan juga diberikan kepada pelajar di universiti yang terletak di Parlimen Hulu Langat serta Universiti Malaya untuk menikmati tambang percuma tersebut.

YB Mohd Sany menutup ucapannya dengan menyeru agar anak muda dan masyarakat tempatan mengambil peluang menyertai sektor e-hailing yang berkembang ini sebagai salah satu pilihan kerjaya yang mampu menjana pendapatan tetap dan membina masa depan.

"Saya ucapkan tahniah dan syabas kepada GV Ride. Semoga satu hari nanti syarikat ini menjadi gergasi teknologi dan mobiliti negara."

Kepada mereka yang berminat untuk menyertai GV Ride boleh mengikuti perkembangan syarikat itu di beberapa saluran media rasmi yang disediakan oleh GV Ride.

Terima Kasih 
EhailingFm

Gvride 01
Gvride 02
Gvride 03

Leave a Reply

Like this:

Discover more from Dunia E-Hailing & P-Hailing

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading