Mulai bulan ini, pemandu di dua laluan lebuh raya utama negara perlu lebih berhati-hati kerana sistem penguatkuasaan had laju jenis baharu bakal diuji secara rasmi.
Sistem baharu ini menggunakan kaedah pengesanan "point-to-point" bagi mengira purata kelajuan kenderaan antara dua titik tertentu.
Ia akan melibatkan dua lokasi utama iaitu;
-Laluan dari Terowong Genting Sempah ke R&R Gombak di Lebuhraya KL-Karak.
-Plaza Tol Senawang ke Plaza Tol Simpang Ampat di Lebuhraya PLUS
