Polis sedang melengkapkan kertas siasatan membabitkan penganjuran program berkaitan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, tindakan itu susulan keterangan dua individu dari Parti Sosialis Malaysia (PSM) telah diambil bermula jam 3.10 petang hingga 4.30 petang Rabu.
“Sebanyak 38 soalan telah diajukan kepada kedua-duanya namun mereka memilih untuk menjawab soalan di mahkamah.
“Kita turut merampas sebuah telefon bimbit jenama Huawei berserta simkad untuk membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi pada Khamis.
Tan Sri Razarudin berkata, siasatan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan, Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998.
