Anwar menggesa kerjasama yang lebih mantap antara negara-negara ASEAN dan Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dalam menangani kekejaman berterusan rejim Zionis Israel terhadap rakyat Palestin di Gaza.
“Kita telah nyatakan pendirian kita melalui kenyataan Wisma Putra, tetapi ini bukan keupayaan satu negara sahaja. Seperti perbincangan kita baru-baru ini dengan negara-negara Teluk, terdapat kesepakatan,” katanya
