Like this:

Remaja Perempuan Ditahan Angkara Kes Pecah Masuk Pejabat

REMAJA PEREMPUAN 15 TAHUN ANTARA DITAHAN – KES PECAH MASUK PEJABAT FELDA UMAS

TAWAU; 13 JUN 2025 (Jumaat) – Seorang remaja perempuan berumur 15 tahun antara tiga individu yang diberkas selepas dipercayai terlibat dalam kejadian pecah masuk sebuah pejabat ladang di Felda Umas 1, awal pagi semalam.

Difahamkan, remaja perempuan yang juga warga asing itu cuba melarikan diri sebaik kejadian disedari, namun berjaya ditahan hasil tindakan pantas anggota Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau dengan kerjasama penduduk dan pekerja Felda.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, dua lagi suspek lelaki tempatan masing-masing berusia 28 dan 26 tahun turut diberkas dalam serbuan berasingan di Felda Umas dan Jalan Utara, Tawau.

“Laporan polis dibuat pengurus ladang di Balai Polis Kalabakan selepas dimaklumkan pekerja pejabat yang menyedari kejadian pada jam 9.09 pagi semalam.

“Hasil siasatan mendapati pagar pejabat telah dirosakkan, manakala sebuah komputer riba, pembesar suara, telefon pintar dan token perbankan dilaporkan hilang. Jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

Menurut Jasmin, semua suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan kini ditahan di IPD Tawau untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal di negara ini tanpa dokumen yang sah.

“Polis tidak menolak kemungkinan masih ada suspek lain yang terlibat. Siasatan sedang dijalankan secara menyeluruh,” katanya.

Pecah masuk 1
Pecah masuk 2
Pecah masuk 3

Leave a Reply

Like this:

Discover more from Dunia E-Hailing & P-Hailing

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading