Like this:

Gotong-Royong Kebun Villa Puteri: PPIM Mahu Wujudkan Kebun Contoh Bandar Raya

Villa Puteri, Kuala Lumpur – Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan atau lebih dikenali sebagai Toqqi, menyampaikan semangat dan harapan besar ketika menyertai program gotong-royong membersihkan Kebun Komuniti Villa Puteri hari ini.

Menurut Toqqi, inisiatif ini bukan sahaja bertujuan untuk menyuburkan tanaman dan menghijaukan kawasan bandar, tetapi juga sebagai medan mempererat silaturahim, menggalakkan aktiviti sihat dan menanam nilai kebajikan dalam komuniti.

“Alhamdulillah, kita nak jadikan kebun ini bukan sekadar tempat bercucuk tanam, tapi kebun contoh dalam bandar raya. Kalau dulu Sungai Bonus boleh menang nombor dua dan empat bintang, di sini kita sasarkan nombor satu dan lapan bintang,” katanya sambil merakamkan penghargaan kepada penggerak utama projek, Haji Yan.

Toqqi turut mencadangkan agar pihak berkuasa tempatan membina kemudahan asas seperti tandas dan pondok rehat, memandangkan kawasan kebun ini berpotensi menjadi lokasi kem perkhemahan, pembelajaran sekolah dan program komuniti.

Antara tanaman bernilai yang ada termasuk ulam raja, moringa, ciku, jambu, mempelam, dan pokok kelapa yang menurut beliau boleh menjimatkan import berjuta ringgit dari luar negara.

“Kita sokong hasrat tanam 10 juta pokok di bandar. Kawasan ini pun layak dijadikan lokasi contoh,” tambahnya sebelum menutup ucapan dengan doa agar usaha hijau ini terus berjaya.

Program gotong-royong tersebut turut disertai sukarelawan pelbagai latar belakang dan menjemput semua warga untuk menyertainya.

Gotong royong 01
Gotong royong 02
Gotong royong 03
Gotong royong 04

Leave a Reply

Like this:

Discover more from Dunia E-Hailing & P-Hailing

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading