Like this:

Kunjungan UPM Ke Penjara Kajang

KUNJUNGAN HORMAT INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KE JABATAN PENJARA MALAYSIA

KAJANG, 18 Jun 2025 - Jabatan Penjara Malaysia telah menerima Kunjungan Hormat daripada delegasi Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS), Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam satu sesi pertemuan mesra yang disambut oleh YBrs. TKJP Hafidz bin Othman, Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Pengurusan).

Pertemuan ini membuka ruang perbincangan strategik yang menjurus kepada potensi kolaborasi antara Jabatan Penjara Malaysia dan IPSAS, UPM, terutamanya dalam aspek penyelidikan sosial, pembangunan kapasiti, serta inisiatif pemasyarakatan berasaskan data dan pendekatan akademik. Kedua-dua pihak turut berkongsi pandangan dalam memperkukuh dasar dan pelaksanaan program pemulihan yang lebih holistik berteraskan sains sosial.

Kunjungan ini mencerminkan usaha berterusan Jabatan Penjara Malaysia dalam merangkul kerjasama pelbagai pihak termasuk institusi pengajian tinggi ke arah memperkasa sistem pemasyarakatan negara yang lebih inklusif dan progresif.

Turut hadir,

Jabatan Penjara Malaysia ;

1) YDH TKP Mohamad Rosidek bin Musa, Pengarah Bahagian Pembangunan & Profesinalisme, IPPM

2) YDH PKK Muhammad Asri bin Ali, Bahagian Dasar Kepenjaraan, IPPM

3) PKK Fakhrul Amin, Bahagian Pembangunan & Profesionalisme

4) Pegawai-pegawai Kanan IPPM

IPSAS ;

1) Prof. Dr. Haslinda Abdullah, Director

2) Assoc. Prof. Dr. Haliza Abdul Rahman, Head Youth in Leadership, Politic and Citizenship Laboratory

3) Dr. Aini Azeqa Ma'rof , Head Youth and Community Well Being Laboratory

Kunjungan hormat 01
Kunjungan hormat 02
Kunjungan hormat 03

Leave a Reply

Like this:

Discover more from Dunia E-Hailing & P-Hailing

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading