Program Latihan Penjara Kurangkan Kebergantungan kepada Pekerja Asing
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata program Corporate Smart Internship anjuran Jabatan Penjara Malaysia bukan sahaja memberi latihan kemahiran kepada prospek tenaga kerja, tetapi juga membantu mengurangkan kebergantungan industri kepada pekerja asing.
“Menabur satu benih, menuai dua hasil,” ujar beliau, merujuk kepada manfaat berganda daripada program tersebut.
Beliau turut menyeru agar komuniti masyarakat turut menyokong program ini kerana penglibatan keluarga, rakan-rakan serta komuniti setempat amat penting dalam usaha mengurangkan kadar residivisme atau pengulangan jenayah.
Lagi pun Malaysia dah ada bekas banduan yang jadi Perdana Menteri.
