Like this:

Peguam Berang Bila Pemberi Maklumat Pula Didakwa Di Mahkamah

Pemberi maklumat yang mendedahkan skandal rasuah Sabah kini dijadualkan untuk didakwa pada 30 Jun, satu tindakan yang disifatkan oleh peguamnya Mahajoth Singh sebagai "mengejut dan mengecewakan".

“Pada ketika ini, saya mesti jelaskan bahawa tanpa anak guam saya, keseluruhan skandal rasuah Sabah tidak akan disiasat oleh SPRM.

Pendedahan anak guam saya, dengan risiko peribadi yang serius, telah banyak memberi manfaat demi kepentingan awam. Sungguh mengejut dan mengecewakan anak guam saya 'diberi ganjaran' dengan didakwa atas kesalahan jenayah," katanya dalam satu kenyataan petang ini.

Mahajoth berkata, apabila dia dan anak guamnya tiba di ibu pejabat SPRM di Putrajaya petang tadi, mereka dimaklumkan bahawa "arahan daripada atas" telah diterima untuk sebaliknya mendakwa anak guamnya.

Peguam itu berkata anak guamnya tetap teguh walaupun SPRM bertindak untuk mendakwanya, dan bukannya memberinya perlindungan sebagai pemberi maklumat membabitkan hal kepentingan awam.

Pemberi maklumat itu, seorang ahli perniagaan berusia 36 tahun yang dikenali sebagai Albert, ditahan sebaik tiba di pejabat SPRM dan kemudian dibebaskan dengan ikat jamin RM10,000.

Mahajoth berkata seorang pegawai SPRM juga telah memaklumkan kepadanya bahawa dia akan menjadi saksi dalam kes itu.

"Saya diberitahu bahawa saya akan jadi saksi, walaupun hanya sebagai peguam yang menjalankan tugasnya. Saya kemudian meminta supaya notis yang sewajarnya disampaikan kepada saya -j ika tidak, ini menyalahi undang-undang sama sekali dan merupakan tindakan ugutan yang jelas.

Kemudian, saya dimaklumkan bahawa saya tidak akan lagi menjadi saksi,” tambahnya.

Pagi tadi, dilaporkan Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata dua Adun Sabah dan seorang orang awam akan didakwa berhubung skandal itu.

Pemberi maklumat itu, yang disoal siasat SPRM selama lebih sembilan jam semalam, juga telah membuat laporan terhadap Arifin Arif, menantu Yang di-Pertua Negeri Sabah Musa Aman.

Menurut Mahajoth, laporan itu berkaitan dakwaan anak guamnya bahawa Adun Membakut itu telah menawarkan penyelesaian.

Pemberi maklumat itu juga telah membekalkan beberapa video, dokumen dan tangkapan skrin mesej WhatsApp kepada SPRM, yang didakwa membabitkan beberapa Adun dalam skandal perlombongan.

Ahli perniagaan itu juga mengakui bahawa dia telah memberi rasuah kepada beberapa Adun sebagai pertukaran untuk mendapatkan lesen carigali mineral.

Pendedahan rasuah

Leave a Reply

Like this:

Discover more from Dunia E-Hailing & P-Hailing

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading