Like this:

Shah Alam Dilanda Banjir Kilat

Shah Alam 20 Jun - Lebih 100 penduduk dari kawasan perumahan Taman Bukit Kemuning, Seksyen 32, dekat sini, dipindahkan selepas rumah mereka dinaiki air susulan hujan lebat melanda sekitar daerah ini, awal pagi tadi.

Ketua Bomba Zon Shah Alam, Ahmad Zaidi Safuan berkata insiden banjir kilat berkenaan turut menjejaskan 180 buah rumah yang mana ada kawasan dinaiki air lebih satu meter (3.28 kaki).

Katanya, operasi menyelamat dijalankan oleh pihak bomba bersama dua jentera dan sebuah bot penyelamat, dengan kerjasama pelbagai agensi termasuk Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), dan sebuah pasukan sukarelawan tempatan.

"Memang ramai masih enggan keluar dengan alasan sayang rumah mereka. Sekiranya hujan lebat kembali akan menyukarkan proses menyelamat.

"Kita utamakan penduduk yang memohon keluar terlebih dahulu, terutama warga emas berumur 60 tahun ke atas yang diwajibkan untuk berpindah bagi keselamatan mereka.

"Mangsa yang diselamatkan ditempatkan sementara di Dewan MBSA Kemuning Utama untuk mereka berehat dan pemantauan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya mengesan sistem saliran yang sepatutnya mengalirkan air hujan keluar melalui pam tidak berfungsi.

"Pihak bomba mengenal pasti sebuah pam besar tidak berfungsi dan kita sudah memaklumkan perkara ini kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk tindakan lanjut," katanya.

Difahamkan hujan lebat melanda sekitar daerah ini sejak jam 4 pagi dan menyebabkan beberapa kawasan rendah di Jalan Kebun serta Kota Kemuning dinaiki air.

Banjir kilat 01
Banjir kilat 02
Banjir kilat 03

Leave a Reply

Like this:

Discover more from Dunia E-Hailing & P-Hailing

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading