Esok akan bermula East Coast Energy (ECE) 2025, persidangan minyak, gas dan tenaga paling besar di Pantai Timur.
Terengganu tampil sebagai harapan tenaga baharu negara.
ECE jadi platform semua pemain dari gergasi tenaga global, syarikat tempatan, anak muda teknikal, hinggalah penggubal dasar berkumpul dan berbincang hala tuju masa depan tenaga kita.
Dengan lokasi strategik, projek infrastruktur gas, tenaga solar, dan potensi hidrogen hijau yang makin berkembang, Terengganu bakal jadi pusat tenaga lestari yang digeruni di masa depan.
Dua hari yang padat dengan percambahan ilmu, solusi dan jaringan.
Kita bukan saja tengok minyak dan gas, tapi juga beralih ke tenaga boleh baharu yang lebih hijau dan mampan.
Terengganu bersedia untuk melangkah jauh ke hadapan.
