RUU yang diusahakan kerajaan itu, merupakan akta pertama menjurus ke arah menjaga industri ekonomi gig di Malaysia serta yang pertama di dunia.
Pengerusi Sekretariat Komuniti Gig Malaysia Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin yang kini berada di Geneva, Switzerland bagi membentangkan mengenai RUU berkenaan kepada ILO. Turut bersama, Tuan Fairuz Jamaludin, Setiausaha MyGiG.
Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) yang bakal diperkenalkan akan diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri, bagi memastikan penyelarasan perkara tertentu termasuk penguatkuasaanya.
