Like this:

Kunjungan Hormat PIROS Ke APAD

Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) telah menerima kunjungan hormat daripada Petroleum Industry Road Safety (PIROS), yang diwakili oleh pemain utama industri pengangkutan bahan petroleum dan bahan berbahaya di Malaysia. Sesi ini telah berlangsung pada 30 Jun 2025 bertempat di Menara Tun Ismail Mohamed Ali, Kuala Lumpur.

Sesi libat urus ini menjadi platform strategik untuk pihak industri berkongsi cabaran operasi sebenar di lapangan, khususnya berkaitan pengurusan waktu bekerja dan memandu bagi pemandu kenderaan berat.

APAD amat menghargai komitmen berterusan PIROS dalam menyokong agenda keselamatan pengangkutan darat menerusi pendekatan kolaboratif dan perkongsian pandangan yang konstruktif.

Kerjasama erat seperti ini memainkan peranan penting dalam memperkukuh dasar dan pembangunan garis panduan yang lebih praktikal, selamat serta relevan dengan keperluan industri semasa.

Apad 01
Apad 02

Leave a Reply

Like this:

Discover more from Dunia E-Hailing & P-Hailing

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading