Like this:

AC Mizal ni bijak kat marketing

Kenapa saya cakap macam tu?

1. 4U2C ni asalnya bukan nak buat band rappers tapi dia tukar ke rappers dan berjaya dikenali ramai orang.

2. Idea luar kotak gantung CD di leher idea AC supaya 4U2C mudah dikenali semasa nak tembus pasaran boyband yang dah pun meriah dulu.

3. 4U2C ni lagu dia biasa-biasa je. Tak pernah menang AJL, tapi selalu jadi sebutan band dia dulu.

4. Dengan hanya 2 lagu popular 4U2C boleh dikatakan lebih kedepan berbanding A to Z, Kool, dan Nico.

5. Walaupun 4U2C ni berpecah satu ketika dulu, AC Mizal tetap kekal relevan dan AC kerap berada di kaca TV.

6. Bermula sebagai rapper, AC mula berkembang kepada pelakon, kemudian pengacara dan menjadi usahawan stesen TV.

7. Terbaru ni bila komposer lagu 4U2C mempersoalkan kelulusan konsert tersebut, AC bijak mengambil peluang menjadikan ia isu nasional.

8. Kini, daripada kita tak tau kewujudan konsert 4U2C, dah jadi tau dan ianya mendapat liputan lebih meluas dari konsert Ziana Zain, Ernie Zakri, Annuar Zain dan Syamel.

Student saya pun pernah juga ambil AC dan isteri sebagai duta produk. Tak murah ya gais dimana fee dia tu standard macam A list celebrity ketika itu.

Merentasi generasi dan zaman, AC tau macam mana nak dapatkan attention sejak dari zaman radio, TV, akhbar, dan now social media.

Kerana attention itu adalah kunci kepada segala marketing strategy. AC adalah salah seorang selebriti yang berjaya menguasainya.

Bijaknya ac mizal

Leave a Reply

Like this:

Discover more from Dunia E-Hailing & P-Hailing

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading