Kita dah masuk bulan Ogos dan kalau ada yang terlupa, mulai 31 Ogos 2025, semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas akan terima RM100 secara one-off bawah inisiatif Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Tak perlu mohon, tak perlu isi apa-apa. Duit tu akan terus disalurkan ke MyKad.
Boleh digunakan dekat lebih 4,100 kedai seluruh Malaysia untuk beli lebih 90,000 barangan keperluan. Antaranya macam beras, telur, barang dapur, ubat, barang kebersihan dan alat tulis.
Disebabkan semua transaksi guna MyKad, JPN nasihatkan orang ramai supaya pastikan kad masih elok. Kalau MyKad korang dah lama sangat, lebih 10 tahun contohnya, mungkin cip dah haus atau tak boleh baca. Kalau rosak, elok ganti awal.
