Like this:

U-Joint Kereta

U-joint ni walaupun kecil je saiz dia, tapi bila dah mula haus, kesan dia memang terasa masa memandu. Takde lampu amaran nak bagi tahu, tapi korang akan rasa sendiri. Biasanya mula dengan gegar, bunyi pelik, atau bunyi “clunk” dari bawah kereta.

Gegaran ni selalunya datang masa tengah bawa laju. Kalau makin tekan minyak, gegar pun makin kuat, besar kemungkinan U-joint dah longgar. Boleh juga jadi sebab propeller shaft dah tak seimbang. Kalau dibiarkan, masalah ni boleh berjangkit ke bahagian lain. Mula-mula gegar, lama-lama boleh rosakkan bearing atau gearbox pula.

Bunyi “clunk” pula selalu muncul masa nak mula gerak, tukar gear, atau masa reverse. Selain U-joint, bunyi tu boleh datang dari bush yang dah haus. Bila bush dah longgar, sambungan tak ketat. Ada ruang lebih, tu yang bunyi macam hentak kuat tu keluar setiap kali kereta mula bergerak.

Kalau korang dengar bunyi “ciiit-ciiit” masa jalan perlahan, itu mungkin tanda awal U-joint dah kering pelincir. Bila dibiarkan, makin lama dia akan jem. Bila dah jem dan patah, terus kereta tak boleh gerak. Masa tu bukan setakat tukar part, towing sekali kena fikir.

Jadi bila dah mula rasa gegar pelik, atau ada bunyi bawah yang tak biasa, cepat-cepat check. Kadang benda tu kecil je, tapi kalau biar lama, makin besar masalah dia. Kos pun naik, risiko pun sama. Jaga awal lebih baik daripada kena baiki besar.

U joint

Leave a Reply

Like this:

Discover more from Dunia E-Hailing & P-Hailing

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading