Pasaran kamera pengintip di dalam kereta dijangka meningkat

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0JEtzL4kJSKhZ2pHuHtiRSb8zso9r7CxJEEh4nqbDYj1S8H2CepwPwjrG4Ef6f4Vcl&id=100063840980043&mibextid=Nif5oz

Saya menjangka permintaan terhadap kamera pengintip khas di dalam kereta bakal naik mendadak sehari dua ini..

Semuanya kerana kata-kata

"Bayar di balai RM300 bayar di sini RM100

Betul ke internet tanpa had?

Anda bayarlah topup RM10k sekalipun mereka tetap akan banned …

Bukan niat tegakkan benang basah dan saya mengaku saya salah.. tapi selain daripada ayat "tiada maaf bagimu" tiadakah peluang kedua?

Pesanan kepada yang dibanned jangan merayu lagi.. tapi jika bukan kesalahan anda sila buat laporan polis dan bagitau kat hijau tua anda telah buat laporan polis saya percaya selepas dua atau 3 hari mereka yang akan call anda bagitau akaun aktif semula.. perkara ini berfakta dan telah berlaku beberapa kali..

______________________

Daftar pantas applikasi TEKSI sila klik link wasap: www.wasap.my/601116861593/daftar+teksi

#tumbangkantaikun #apppalingsombong

Semakin ramai pemandu ehailing beralih kepada teksi

Tidak mengejutkan apabila didapati semakin ramai pemandu ehailing bertukar kepada teksi untuk beroperasi sebagai kenderaan ehailing..

Sebenarnya ada pelbagai sebab angin perubahan ini berlaku namun saya percaya antara sebabnya adalah sistem ehailing itu sendiri kucar kacir atau tidak terkawal.

Saya akan mengupas perihal ini pada minggu depan dan insyaallah saya akan sentiasa menyokong apa yang terbaik untuk pemandu ehailing.

Terima kasih
RA Ehailing.fm
______________

Pendaftaran applikasi TEKSI : www.wasap.my/601116861593/daftar+teksi

Pemberi rasuah juga perlu didakwa

Jangan cerita banyak.

Jika polis itu dikenakan tindakan pastikan juga ‘mat salleh’ tu diheret sama ke muka pengadilan…

Ingat di Malaysia memberi dan menerima rasuah adalah satu jenayah dan hukuman berat menanti pelaku. .

Link video : https://fb.watch/pSeacbz5Hs/?mibextid=Nif5oz

Terima kasih
RA Ehailing.fm

Tiada Pembalakan Haram Di Ulu Muda – JPSM

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) mengesahkan tiada sebarang kegiatan pembalakan atau penerokaan haram di kawasan Hutan Simpan Ulu Muda (HSUM) di Sik, kata Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad.

Nik Nazmi berkata walaupun pihaknya telah menerima laporan berkenaan daripada JPSM, pemantauan berterusan akan dilakukan bagi memastikan perkara terbabit benar-benar tidak berlaku.

“Laporan awal JPSM yang kita terima ialah tiada aktiviti pembalakan atau penerokaan yang haram, tetapi kita akan terus teliti sebab kita terima aduan daripada pihak NGO (badan bukan kerajaan) dan sebagainya.

Lembangan di kawasan hutan simpan itu sangat sensitif kerana melibatkan bekalan air untuk tiga negeri iaitu Kedah, Perlis dan Pulau Pinang.

Baru-baru ini NGO berkaitan alam sekitar, RimbaWatch mendakwa kegiatan pembalakan di kawasan HSUM menyebabkan Tasik Muda, yang menjadi sumber air utama kepada pengguna Pulau Pinang dan Kedah, mengalami masalah mendapan selut.

Kajian itu dilakukan menerusi pantauan imej satelit yang mendapati Empangan Muda mula mengumpul mendapan selut sejak Mac 2023, selain keadaan itu didapati semakin membesar pada Oktober lepas.

Jpsm

Warga asing sapu penumpang ehailing

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid031Dk8nUG2Cn8fpqXi9wU2MafefeDR5A3Wuoet1xsU9LWZfAysP3EddyMYevXwzS6Hl&id=100063840980043&mibextid=Nif5oz

Pemandu ehailing kawasan Seberang Prai sedang berbicara mengenai sebuah kereta yang ada stiker ehailing tetapi dipandu oleh warga asing.

En Ahmad sebentar tadi memaklumkan pemandu kereta tersebut menjemput dan menghantar penumpang di kawasan Westlite Dormitory Tambun, simpang 4

Katanya lagi kereta tersebut seringkali melakukan aktiviti ‘kereta sapu’ dan kebanyakkan pelanggannya juga adalah dikalangan warga asing.

Aktiviti seperti ini perlu segera dibendung dan pelakunya perlu dihantar pulang ke negara asal jika terus mengganggu pendapatan pemandu ehailing di kawasan tersebut.

Terima kasih
MFK Ehailing.fm

Penumpang sumbat barang selagi boleh

Kepada pemandu ehailing anda berhak membatalkan tempahan jika keadaan seperti ini..

Kepada pengguna yang budiman tolonglah tempah kenderaan yang sesuai dengan jumlah anda dan juga barang-barang anda..

Menjadi pengguna yang bijak bukan bererti hanya bijak meletakkan kadar tambang serendah yang mungkin tetapi juga bijak menilai harta yang anda bawa..

Terima kasih
RA Ehailing.fm

Persaingan teksi dan ehailing siapa jadi mangsa?

Ehailing membunuh teksi kini ehailing pula dibunuh oleh sistem ehailing itu sendiri. Saya ada beberapa sebab untuk berpendapat sedemikian dan saya juga sedia maklum anda juga ada pendapat sendiri. Jika anda ada pendapat sendiri yg ingin dikongsi bersama walaupun tidak sehaluan dengan admin sila tinggalkan di ruang komen.

Sewaktu-waktu dulu industri teksi dihimpit oleh kemunculan syarikat ehailing yg menggunakan kereta biasa untuk beroperasi. Pada mulanya sistem ehailing ini bermula dengan perlahan sehingga pihak teksi sendiri tidak menyangka ehailing akan menjadi "coronavirus" sehingga pendapatan pemandu-pemandu teksi terjejas teruk.

Usaha yg dijalankan oleh pihak teksi untuk mengekang kemaraan ehailing nampaknya kurang berkesan malahan terpaksa menerima hakikat ehailing telah meninggalkan teksi dengan pantas.

Ehailing yg pada mulanya berkembang amat perlahan kemudian sedikit demi sedikit mendapat tempat di hati pengguna dan juga pemandu dan kini mendominasi sistem pengangkutan di negara kita.

Faktor pendapatan yg boleh mencapai sehingga Rm10k sebulan menyebabkan ramai di kalangan rakyat menjadikan ehailing sebagai pekerjaan sepenuh masa tak kurang juga yg menjadikan pekerjaan sampingan. Setiap hari boleh disaksikan di pejabat syarikat ehailing di mana ratusan pemandu baru mendaftar sebagai pemandu ehailing.

Jumlah syarikat pula semakin membiak dengan pesat. Terkini sebanyak 25 buah syarikat ehailing telah diluluskan pendaftaran oleh pihak kerajaan. Pernah mencecah 44 buah dalam satu masa. Bayangkan bentuk persaingan yg dilalui oleh syarikat-syarikat ini dan bayangkan juga kesan yg terpaksa dihadapi oleh pemandu ehailing.

Jumlah pemandu ehailing yg meningkat dengan mendadak terkini melebihi 100k maka nisbah pemandu dengan pengguna menjadi besar. Pastinya pendapatan juga terkesan. Otai-otai ehailing juga memaklumkan jika dulu boleh mencapai RM10k sebulan kini nak cari RM1k seminggu pun terpaksa bertugas lebih 12 jam sehari. Pemandu separuh masa mungkin tidak berapa terkesan tetapi bagi pemandu sepenuh masa mereka kini umpama pungguk rindukan bulan. Hanya kenangan masuk ribu-riban setiap minggu menjadi kenangan.

Persaingan mendapatkan pengguna menyebabkan syarikat ehailing ini terpaksa buang harga. Kadang2 tambang amat tidak masuk akal. Persaingan ini akan terus berlaku selagi kerajaan tiada harga lantai terhadap syarikat ehailing. Jika mereka tidak menyertai perang harga ini syarikat mereka besar kemungkinan bungkus.

Akhirnya pemandu juga yg menerima kesan. Terpaksa berkejaran mendapatkan trip walaupun sedar kos minyak, tayar, top-up, dan lain2 melebihi dari nilai tambang itu sendiri. Maka tidak heranlah ada yg menyamakan pemandu ehailing ini sebagai "lembu".

Walaupun saya tidak bersetuju dengan gelaran itu tetapi terpaksa terima hakikat bahawa tugas pemandu ehailing bukan lagi langkah bijak untuk menjana pendapatan melainkan hanya sekadar melepaskan sesak supaya dapur berasap.

Coretan panjang admin hanya sekadar pemerhatian dan peringatan bahawa bola itu bulat. Persediaan diluar jangka perlu kita siapkan. Insyaallah ada jalan nanti.

Sekian terima kasih.

RA Ehailing.fm

#ehailing #phailing #segim #tambangmura