1. Siap pada November 2017 dengan kos RM628 juta. Tiada tol dikenakan kepada kenderaan yang menggunakan laluan ini.
2. Pada ketinggian 58.2 meter dari aras bumi, Rawang Bypass merupakan jambatan kedua tertinggi di Malaysia selepas Jalan Paya Terubong (Bukit Kukus), Pulau Pinang setinggj 61.5 meter.
3. Rawang Bypass dibina menggunakan kaedah Moveable Scaffolding Systems (MSS) untuk mereka bentuk laluan berbengkang-bengkok bagi mengurangkan kemusnahan ekosistem Taman Warisan Negeri Selangor di sekeliling laluan tersebut.
4. Pembinaan laluan ini dibina penuh cermat agar spesis terancam seperti Giam Kanching ini dapat diselamatkan.
5. Memendekkan perjalanan Bandar Rawang ke Kuala Lumpur dari 2 jam kepada hanya 30 minit ketika waktu puncak.
6. Rekaan bagi jalan raya ini adalah hasil arkitek tempatan, iaitu Tuan Haji Radzali Mokhtar.
Jaecoo J7 PHEV Capai 1,427 KM Sekali Cas & Satu Tangki Dari Singapura Ke Thailand
Menjelang kemunculan sulungnya di Malaysia bulan depan, Jaecoo J7 PHEV telah membuktikan kemampuannya untuk menempuhi jarak perjalanan yang jauh dari Singapura ke Hatyai, Thailand, melalui Malaysia dengan hanya satu tangki dan cas.
Apa teknologi yang membolehkan jarak sejauh ini dicapai?
Shah Alam, 16 Januari 2025 – Iltizam Relief Society, sebuah badan bukan kerajaan yang komited terhadap bantuan kemanusiaan, dengan kerjasama CQ Bio Energy Sdn Bhd, telah melancarkan program inovatif bertemakan “Membeli Sambil Menderma.” Program ini bertujuan menggabungkan teknologi penjimatan bahan api melalui produk FuelPlus dengan usaha murni membantu rakyat Gaza yang sedang bergelut dalam situasi krisis kemanusiaan.
Hari ini satu memorandum persefahaman ditandatangani oleh En Mohd Shah bin Sapie CEO Iltizam Relief Soceity dan En Mohd Haniff bin Ibrahim CEO Bio Energy Sdn Bhd.
Produk FuelPlus, aditif bahan api canggih, dirumus khas untuk meningkatkan kecekapan penggunaan bahan api serta prestasi enjin kenderaan. Dengan setiap pembelian FuelPlus, pengguna bukan sahaja menikmati penjimatan kos dan penjagaan enjin yang lebih baik, tetapi turut menyumbang kepada projek-projek kemanusiaan yang dianjurkan oleh Iltizam Relief Society di Gaza.
Sejak Oktober 2023, genosid berterusan di Gaza telah menyebabkan kehilangan lebih 46,645 nyawa, majoritinya wanita dan kanak-kanak. Tambahan pula, lebih 110,012 rakyat Gaza mengalami kecederaan, dengan ramai lagi terkesan akibat kemusnahan infrastruktur dan kekurangan keperluan asas. Situasi ini menuntut perhatian dan tindakan segera daripada masyarakat antarabangsa.
Menurut kenyataan bersama kedua-dua organisasi, “Program ‘Membeli Sambil Menderma’ adalah cara inovatif untuk membantu Gaza. Rakyat Malaysia dan ASEAN boleh memainkan peranan dalam usaha ini dengan hanya membeli FuelPlus – sebuah langkah kecil dengan impak besar.”
Selain memberikan manfaat ekonomi kepada pengguna jalan raya, program ini juga menjadi platform untuk menyokong saudara seagama di Gaza yang memerlukan bantuan segera.
Untuk menyertai Program “Membeli Sambil Menderma” atau mendapatkan maklumat lanjut tentang FuelPlus, sila lawati laman web Iltizam Relief Society di www.iltizamrelief.com atau laman web rasmi FuelPlus di https://fuelplus.my/.
Marilah kita bersama menjimatkan kos dan menyelamatkan nyawa – satu transaksi, dua impak positif.
Global Relief Team (GRT) Malaysia, sebuah NGO berdaftar yang beroperasi di No. 23-2, Jalan Wangsa Delima 10, telah melancarkan kempen “Code Red: Menstrual Poverty and Mental Health Awareness” di Dewan Serbaguna, Masjid Wilayah, Kuala Lumpur pada malam tadi.
Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai isu kemiskinan haid dan kesihatan mental wanita.
GRT, yang beribu pejabat di Birmingham, United Kingdom, mempunyai 11 cawangan di serata dunia termasuk di Palestin, Syria, Turki, Yaman, Lubnan, Maghribi, Uganda, Malawi, Pakistan, dan Bangladesh. NGO ini dikenali atas usaha membantu golongan memerlukan melalui kerja-kerja amal dan kemanusiaan.
Di Malaysia, GRT bekerjasama dengan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Pertubuhan Kebajikan Mohd Chan (PKMC) untuk melancarkan inisiatif penting ini.
Majlis pelancaran disempurnakan oleh Timbalan Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Dato’ Seri Dr. Noraini Ahmad. Turut hadir ialah Dr. Farah Seedat dari University St. George London dan Dr. Fatimah Al Attas dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Kuala Lumpur, 17 Januari 2025 – Ketua Aktivis Nambikkai Kebangsaan, Datuk Dr. Kalaivanar, hari ini menyeru rakyat Malaysia untuk menandatangani petisyen di change.org bagi mendesak kerajaan menghapuskan caj RM1.00 yang dikenakan untuk pengeluaran tunai antara bank melalui ATM (MEPS).
Menurut beliau, caj yang telah dikenakan selama lebih 27 tahun ini memberi tekanan kewangan kepada jutaan rakyat Malaysia, terutamanya golongan berpendapatan rendah seperti pekerja B40 yang bergantung kepada transaksi tunai.
Walaupun nilai caj tersebut kecil, ia terkumpul menjadi jumlah yang signifikan, iaitu RM156 setahun bagi individu yang melakukan tiga transaksi seminggu.
“Wang ini sepatutnya boleh digunakan untuk keperluan asas seperti makanan atau keperluan sekolah, tetapi kini diambil daripada mereka yang paling terkesan,” tegas Dr. Kalaivanar.
Beliau juga menekankan peranan Bank Negara Malaysia (BNM), yang memperolehi 36 sen daripada setiap RM1 caj ini, menjadikannya konflik kepentingan apabila badan pengawal selia itu sendiri mendapat keuntungan daripada sistem ini.
Pada tahun 2023, PayNet, syarikat yang mengendalikan sistem MEPS, mencatatkan pendapatan RM544 juta dengan keuntungan bersih RM271 juta, sambil memiliki aset bernilai RM2.1 bilion.
Semasa pandemik COVID-19, caj RM1 ini diketepikan untuk meringankan beban rakyat. Namun, caj tersebut kembali dikenakan selepas pandemik. “Jika ia boleh dimansuhkan ketika pandemik, mengapa tidak sekarang?” soal Dr. Kalaivanar.
Tuntutan Utama Petisyen:
1. Penghapusan segera caj RM1 bagi pengeluaran tunai antara bank melalui ATM (MEPS) oleh PayNet, BNM, dan 11 bank pemegang saham (Maybank, CIMB, Public Bank, RHB, Hong Leong Bank, Bank Islam, Bank Muamalat, Affin Bank, AmBank, Alliance Bank, dan Bank Rakyat).
2. Komitmen BNM untuk mengutamakan perlindungan kepada rakyat, bukan keuntungan.
Dr. Kalaivanar menegaskan bahawa caj ini bukan sekadar beban kewangan, tetapi satu bentuk ketidakadilan yang membebankan golongan rentan. Beliau menggesa orang ramai untuk menyokong gerakan ini dengan menandatangani petisyen di change.org dan menyebarkan mesej melalui kempen #HapusCajRM1 .
“Bersama, kita boleh menuntut keadilan dan memastikan rakyat Malaysia tidak terus terbeban oleh sistem kewangan yang tidak adil ini,” tambah beliau.
Seorang pegawai khidmat pelanggan (CS) sebuah syarikat ehailing dipercayai dari syarikat Grab telah menghubungi pemandu En Abu (bukan nama sebenar) dan bertanya mengenai keterlibatan pemandu tersebut dengan syarikat MyCar yang juga sebuah syarikat ehailing.
Pegawai CS tersebut mendesak pemandu tersebut untuk memberitahu idenditi serta nombor telefon agen MyCar yang tidak diketahui sebab- musababnya, walaubagaimanapun En Abu tidak memenuhi kehendak CS tersebut.
Selain itu En Abu juga disekat akaun pemandunya dan perlu melalui kelas untuk dibuka kembali akaunnya.
Sementara itu En Abu dipercayai merupakan seorang AJK persatuan pemandu di Langkawi tegas dan tidak berganjak bahawa beliau mengedarkan risalah MyCar di booth atas nama persatuannya.
Susulan itu kami di ehailing.fm mengingatkan syarikat Grab supaya mengimbas kembali pada tahun 2019 apabila Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) mencadangkan agar mereka didenda RM86,772,943.76 kerana melanggar seksyen 10 Akta Persaingan 2010 (AP 2010).
Ketua Pegawai Eksekutif MyCC pada waktu itu memperjelaskan tindakan ke atas Grab adalah kerana mereka membataskan pemandunya daripada mempromosikan dan menyediakan perkhidmatan pengiklanan kepada pesaing Grab dalam perkhidmatan ehailing dan pasaran pengiklanan media transit.
Kami juga tetap dengan pendirian bahawa syarikat ehailing tidak boleh sewenang-wenangnya mencabuli konsep ehailing yang perlu bebas daripada kongkongan dan kerajaan wajib tegas dalam pengawalan terhadap syarikat ehailing yang beroperasi di negara kita.
Beberapa orang pemandu teksi kecewa apabila syarikat applikasi ehailing dari luar negara iaitu Bolt tidak membenarkan kenderaan jenis teksi untuk beroperasi menggunakan applikasi syarikat tersebut.
Ini adalah satu diskriminasi yang keterlaluan dan merupakan syarikat ehailing pertama yang berbuat demikian dan dianggap sebagai mencabar industri teksi.
Kerajaan melalui Kementerian Pengangkutan Malaysia di bawah kepimpinan YB Anthony Loke Siew Fook sepatutnya sudah boleh campurtangan kerana industri teksi sudah tenat dan bertambah tenat jika syarikat ehailing lain mencontohi apa yang dilakukan oleh syarikat Bolt ini.
Semalam wakil pemandu juga berkunjung ke Perbadanan Putrajaya bagi memaklumkan hasrat Badan Bertindak Sahabat Ehailing Malaysia untuk mengadakan Piket Putrajaya 2.0 pada tarikh yang akan diumumkan pada malam nanti.
Terkini: Piket Putrajaya 2.0 semakin hampir ke Kementerian Pengangkutan Malaysia.
Pagi tadi sekumpulan wakil pemandu yang dipanggil sebagai Badan Bertindak Sahabat Ehailing Malaysia telah hadir bertemu pegawai khas IPD Putrajaya dan untuk setakat ini memaklumkan hasrat mereka melaksanakan Piket Putrajaya 2.0 di Kementerian Pengangkutan Malaysia.
Bukan sekali dua disuarakan berkenaan mudahnya syarikat ehailing dari luar negara masuk pasaran negara kita tetapi sudah berkali-kali namun saya percaya pihak kerajaan terus membuka pintu kepada kemasukkan lebih banyak syarikat dari luar negara selepas ini.
Implikasi buruk bukannya tidak disedari oleh pihak kerajaan namun mungkin faktor tersembunyi atau ‘tangan ghaib’ memainkan peranan sehingga negara kita boleh dianggap sebagai pemegang rekod dunia jumlah syarikat ehailing terbanyak.
Apa yang diharapkan ialah agar kerajaan mengawal syarikat ehailing dari luar negara ini dan memberikan keutamaan kepada syarikat ehailing dari dalam negara.
Kerajaan sepatutnya melihat kenapa negara besar yang mempunyai berbilion penduduk tetapi jumlah syarikat ehailing mereka hanya beberapa buah sahaja.
Perkara paling penting ialah negara kehilangan berbilion wang yang dibawa pulang oleh syarikat ehailing dari luar negara yang dikutip dari pengguna di negara kita.
Walaupun sudah terlewat untuk mengusir keluar syarikat ehailing dari luar negara ini tetapi kerajaan yang memegang kuasa sepatutnya boleh merencanakan strategi untuk meminimakan pengaliran keluar wang negara dengan pelbagai kaedah yang sesuai.
Terbaru: RUU Pekerja GiG ditangguhkan menimbulkan beberapa persoalan yang kurang enak didengar terutama sektor ehailing dan phailing.
Paling banyak persoalan timbul ialah berkenaan kesannya terhadap penubuhan Suruhanjaya Ekonomi GiG Malaysia SEGiM.
Umum mengetahui bahawa SEGiM adalah bertujuan untuk menyelesaikan pelbagai persoalan yang membelenggu kedua-dua sektor tersebut.
Saya akan cuba merungkai mengenai teka-teki ini.. dan sedikit pesanan kepada kementerian yang bertanggungjawab ialah jangan cuba main wayang..
Sektor ehailing dan phailing tidak memerlukan cadangan lain selain daripada SEGiM.
Sebarang usaha untuk menyekat penubuhan SEGiM hanya akan mengundang malapetaka lebih besar di dalam kedua-dua sektor yang paling teruk terjejas di dalam gig ekonomi.