Stop Guna GrabFood – Jom Support Misi Rakyat

SATU SATUNYA APLIKASI PENGHANTARAN MAKANAN YG KEKAL KAN HARGA KEDAI

Misi Delivery merupakan syarikat penghantaran makanan dibangunkan oleh anak Malaysia

Penghantaran Terendah Hari ini sahaja korang

Luar Biasa ye pagi ni tiba-tiba ribuan rakyat Malaysia daftar Misi tiba-tiba. Sebab Harini ada promosi hrga penghantaran RM3.50 / 5KM..

Tapi jangan risau korang, anda bayar RM3.50.. Misi tetap bayar RM5 kepada Riders.

Promosi ini hanya untuk hari ini

Jumaat 19 Jan 2024

Jam 1 – 2pm semua Rider seluruh Negara solat Jumaat ya. Jadi, please proceed payment selepas selesai solat Jumaat jika nak order waktu tu.

daftar misi kat sini sekarang!!!!!!

https://misirakyat.com/

_____________________

“THE ONLY FOOD DELIVERY APP THAT MAINTAINS RESTAURANT PRICES”

Misi Delivery is a food delivery company developed by a Malaysian.

Lowest Delivery Fee only for today

Extraordinary! This morning, thousands of Malaysians suddenly registered with Misi. This is Because today, there is a promotion: delivery fee of RM3.50 / 5KM.

But don’t worry, we just only pay RM3.50. Misi still pays RM5 to the riders.

This promotion is valid only for today

Friday, January 19, 2024.

From 1 – 2 pm, all riders across the country are attending Friday prayers. So, please proceed with payment after finishing Friday prayers if you want to order during that time.

Register with Misi now!

https://misirakyat.com/

Betulkah Sukar Mendapat Pembiayaan?

Benarkah bank memandang pemandu ehailing dan teksi sebagai “low class” sehingga mereka akan memandang anda semacam jika mahu membuat pinjaman bank .

Pandangan daripada En Mohammad Nor salah seorang pejuang teksi dan ehailing ini saya setuju… Telah ada bukti-bukti yang menunjukkan pemandu ehailing dan teksi antara yang teramat sukar untuk memohon pinjaman bank..

_______________

Sewa beli kereta baru untukehailing: www.wasap.my/601116861593/sewa+beli

Betulkah Sukar Mendapat Pembiayaan

Parti Politik Mana Akan Berlakon Jadi Juara Industri Gig? Apa jadi dengan SEGiM?

Esok adalah satu tarikh keramat dalam Industri Gig di Malaysia bilamana para rider dan driver akan bersolidariti dan berhimpun demi untuk menegakkan hak-hak mereka. Esok adalah hari Grab Blackout 2.0.

1. Suruhanjaya Ekonomi GiG Malaysia SEGiM bertujuan untuk menyelesaikan pertindihan kepentingan di dalam industri gig ekonomi yang termasuk isu konflik penghantar phailing dengan syarikat phailing.

2. Malangnya SEGiM dikatakan tidak jadi oleh YB Sivakumar iaitu mantan Menteri Sumber Manusia.. maka masalah antara penghantar dengan syarikat dipercayai akan terus membusuk sehingga ke satu tarikh yang tidak pasti..

3. 19.1.23 bakal bergema lagi luahan rasa para rider phailing kerana kadar upah tidak sepadan dengan kerja mereka..

4. Luahan rasa tersebut bukan kali pertama tetapi sudah berkali-kali berlaku kerana tiada kementerian, tiada jabatan, tiada agensi yang benar-benar berkuasa untuk memuktamadkan sesuatu isu kerana pertindihan dengan pelbagai kementerian dan agensi.

5. Setelah konflik berlaku berkali-kali dan sehingga kini phailing tiada undang-undang khusus maka mereka yang menoktahkan SEGiM sebagai tidak jadi wajib memikul tanggungjawab bukan hanya pandai mengatakan SEGiM tidak jadi.

6. Phailing akan terus dicengkam oleh ketidakseimbangan perkongsian di dalam ekosistem phailing tersebut dengan nasib penghantar akan terus menjunam ke dasar keterpaksaan yang keterlaluan.

7. Parti politik pula lazimnya akan muncul mengambil kesempatan untuk mengadakan sidang media dan esok kita lihat parti politik mana yang akan muncul.. seterusnya dengarkan janji manis mereka seperti mana sebelum ini..

8. SEGiM wajar digerakkan semula penubuhan yang terbantut kerana saya amat yakin dan percaya SEGiM mampu memikul tanggungjawab untuk menyelia industri gig terutama phailing yang bergelora sekarang.

Terima kasih

RA Ehailing.fm

_________________

#segim #ehailing #ehailingfm #phailing #segimtakjadi #ksm #mot

Ini Berita Palsu – Siapa Yang Sebarkan?

SIAPA SEBARKAN MESEJ INI??

______________

Fwd :

*IMPORTANT NOTICE: RALLY BY EHAILING & PHAILING DRIVERS EXPECTED TOMORROW AT KLIA – ANTICIPATED ROAD TRAFFIC DISRUPTION/DELAYS*

Reliable sources have informed that a rally by the ehailing and phailing drivers community may be planned for tomorrow from 2.00pm to 6.00pm. We anticipate that this rally may cause significant traffic disruptions and delays leading to KLIA.

The drivers are demonstrating dissatisfaction towards the government and the intermediary operators.

All the drivers involved will gather in black and will convoy to KLIA. Along the way, the drivers will sound their horn and drive at a speed of 60 km/h to cause delay to traffic.

As a result of this, please anticipate potential delays of passengers reaching the terminals. We kindly request that you advise your passengers to plan ahead and arrive at the airport much earlier than usual.

PDRM and JPJ are aware of the potential situation and are prepared to take the necessary actions to minimise the impact.

Should you require further clarification, please do not hesitate to contact AOCC.

Thank you for your attention to this matter.

On behalf of

MA Sepang Management

Siapa Punya Kerja Ni

Bila Terlalu Ramai Warga Asing

Kalau ikut jumlah warga asing yang berdaftar di Malaysia termasuklah pekerja asing, kita ada lebih kurang hampir 3 juta orang. Itu yang berdaftar la.. Yang tak berdaftar kita pun susah nak kata dan teka. Sebab tiada statistik mengenainya.

Tapi apa yang kita tahu, ramai sangat warga asing berada di Malaysia.

Nampak macam dah kronik ja. Indeks jenayah melibatkan warga asing ni cukup mencemaskan. Makin hari makin menampakkan peningkatan.

Itu belum kira yang masuk sebagai pelancong, tapi kemudiannya hilang begitu sahaja tanpa dapat dikesan keluar dari negara. Masuk ada, tapi keluar tiada. Terutamanya dari kalangan warga China.

Apa penyelesaiannya yang kita boleh buat?

Tak tahu lah nak cakap. Anggota penguatkuasaan pun tak ramai. Kalau ada pun, mereka juga ada yang terlibat dengan jenayah peras ugut dan rogol. Adoilah.

Bila Warga Asing Tidak Terkawal Di Malaysia
Polis Durjana

Perkhidmatan Kaunter JPJ Mobile Selangor

📌Lokasi : PEJABAT JUALAN ECO ARDENCE, SHAH ALAM SELANGOR
📅 Tarikh : 20 Januari 2024 (Sabtu)

⏱ Waktu Operasi : 9.00 pagi – 3.30 petang

Urusniaga yang ditawarkan :

• Pembaharuan Lesen Memandu
• Pembaharuan Lesen PSV & GDL
• Pembaharuan Cukai Jalan Persendirian, Perdagangan & E-hailing.
• Pembayaran Saman (Saman yang aktif)
• Semakan Senarai Hitam
• Pendaftaran ID Portal Awam MySikap

Mod bayaran secara e-payment sahaja.

(Kad Debit / Kad Kredit)

Jpj Mobile

Tuntutan Hak Rider Grab SeMalaysia

Nampak gayanya macam nak jadi besar je nih.

Betul la… Kerja macam nak mati kejar job… tapi harga pickup/delivery macam tak berbaloi dah nih… Dulu asal RM7 …. lepas tu jadi RM5 … kini turun pulak jadi RM4 …

Gila apa..

Lepas nih nak turun berapa pulak? RM1 untuk setiap trip?? Mampoih la…

Tuntutan Hak Rider Grab
Tuntutan Hak Rider Grab 2

Kempen Grab Blackout 2.0

Himpunan 5.8.22 bakal berulang?

Malahan sudah tersebar di group FB dan Whatsapp bahawa akan ada tindakan balas daripada para rider phailing dan kali ini mungkin lebih besar daripada himpunan Grab Blackout 1.0 pada 5.8.22 yang lalu.

Ianya berpunca tindakan syarikat phailing menurunkan kadar upah asas daripada RM5.00 kepada RM4.00

Tindakan itu segera mengundang amarah para rider kerana di saat mereka mengharapkan kadar asas upah kembali ke paras RM7.00 tiba-tiba syarikat mencurahkan minyak ke dalam api.

Untuk setakat ini saya masih mengikuti perkembangan terbaru ini di beberapa group FB melibatkan golongan penghantar phailing.

Pihak Kementerian Pengangkutan yang diterajui oleh YB Anthony Loke Siew Fook adalah diharap dapat bertindak bertindak pantas sebelum gelora satu negara tercetus.

Isu kadar upah ini seringkali menimbulkan konflik diantara syarikat dengan penghantar.

Buat masa sekarang pihak penghantar terus mengharapkan kerajaan campur tangan secara serius tentang perkongsian ekosistem phailing yang termasuk di dalam gig ekonomi.

Sementara itu bagi saya isu ini segera mengingatkan saya tentang Suruhanjaya Ekonomi GiG Malaysia SEGiM yang menjadi harapan golongan penghantar phailing untuk membela nasib mereka telah dikatakan sebagai tidak jadi oleh mantan Menteri Sumber Manusia YB Sivakumar.

Jawapan Menteri Sumber Manusia pada masa itu sebenarnya membuatkan ratusan ribu penggiat gig kecewa kerana sebelum itu telah diperjelaskan bahawa SEGiM adalah wadah yang akan menjaga kebajikan para petugas phailing ini yang hingga kini seperti dianaktirikan..

Terima kasih

Rizal Adam Ehailing.fm

#grabfood #phailing #ehailing #segim

Kempen Grab Blackout

Plet Khas Kenderaan E-Hailing?

Sepertimana yang kita tahu teksi mempunyai nombor pendaftaran khas iaitu iaitu H

Cuma bagi kenderaan persendirian ehailing saya masih belum mendengar cadangan mana-mana pihak untuk mewujudkan nombor khas..

Namun sekiranya bakal dikhaskan anda rasa huruf apa yang sesuai.. adakah huruf “Y”?

_________________

Permohonan lesen PSV murah untuk Lembah Klang sahaja sila klik link wasap di bawah:

www.wasap.my/601116861593/lesen+PSV

Terima kasih

RA Ehailing.fm

Professor terkejut sistem ehailing tunggang-langgang

Alkisahnya semalam apabila saya bersembang hampir sejam bersama dengan 2 orang tokoh dari sebuah universiti terkemuka tanahair..

Mereka dalam rangka satu kajian berkaitan cabaran dan peluang pemandu ehailing di negara kita..

Perbualan secara atas talian tersebut saya mulakan dengan sejarah asal usul ehailing itu sendiri sehinggalah apabila wujud undang-undang ehailing seterusnya apa senario yang berlaku pada hari ini..

Alhamdulillah walaupun mereka agak terkejut dengan apa yang saya maklumkan hasil daripada pengalaman sebagai pemandu teksi, pemandu ehailing, penyedia applikasi ehailing sehinggalah kepada menubuhkan ehailing.fm

Perbualan banyak berlegar berkaitan undang-undang ehailing merangkumi syarat ditetapkan oleh Apad kepada syarikat ehailing dan juga pemandu..

Selain itu cara pengoperasian syarikat ehailing seperti sistem ‘autopaksa’, kadar potongan komisyen dan lain-lain.

Paling ditumpukan ialah berkaitan tambang ehailing kerana di sini wajud pertembungan kepentingan diantara pemandu dan juga pengguna serta kaedah bagi menentukan kadar tambang yang boleh dikategorikan sebagai menang-menang.

Berkaitan insuran ehailing atau insuran di dalam insuran juga menjadi perhatian kerana jumlah bayaran menjadi seakan tidak logik untuk dikenakan setelah kos insuran biasa sebelum ditambah kos insuran ehailing telah pun berada pada tahap yang dianggap tinggi oleh pemandu ehailing.

Insyaallah kita harap kajian oleh universiti ini boleh memberi manfaat kepada semua penggiat ehailing termasuk pengguna.

Terima kasih
Admin ehailing.fm
________________________

Sewa kereta ehailing murah: www.wasap.my/601116861593/sewa+kereta