OPERASI BERSEPADU Bil 16/2025 PENGUATKUASAAN ASAP DIESEL JABATAN ALAM SEKITAR (JAS) NEGERI SEMBILAN DENGAN KERJASAMA POLIS DIRAJA MALAYSIA ( UNIT TRAFIK ) IPD NILAI NEGERI SEMBILAN.
20 JUN 2025, NILAI – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan bersama sepasukan Polis Trafik IPD Nilai, Negeri Sembilan telah menjalankan operasi melalui Operasi Bersepadu Penguatkuasaan Asap Diesel pada 19 Jun 2025.
Operasi telah dijalankan di Susur Keluar Plaza Tol Nilai dengan kekuatan anggota seramai sembilan (9) pegawai penguatkuasa dari JAS Negeri Sembilan dan 6 anggota daripada Polis Trafik IPD Nilai.
60 buah kenderaan berenjin diesel menjalani pemerhatian secara visual, 10 buah kenderaan berenjin diesel telah diuji tahap pelepasan asap hitam daripada ekzos dan hasil ujian ini. Terdapat emapt (4) kenderaan berenjin diesel yang gagal mematuhi Peraturan 11(1), Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996 semasa operasi tersebut. Tiga (3) kompaun dan notis arahan telah dikeluarkan agar kenderaan diuji semula di PUSPAKOM manakala terdapat satu (1) notis arahan telah dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan bagi tujuan ujian semula juga di Puspakom.
Notis arahan dibawah seksyen 31, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 telah dikenakan terhadap pemilik kenderaan atas kesalahan melepaskan asap hitam yang melebihi had ditetapkan.
JAS Negeri Sembilan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Pasukan Polis Trafik (PDRM) atas kerjasama dalam menjayakan operasi ini. Semoga kerjasama yang terjalin ini akan terus menyumbang kepada kelestarian alam sekitar di negeri ini.
Peluru berpandu hipersonik ialah sejenis peluru berpandu yang bergerak pada kelajuan jauh melebihi kelajuan bunyi, khususnya pada kelajuan melebihi Mach 5 (lima kali ganda kelajuan bunyi atau lebih). Kelajuannya mencapai kira-kira 6,174 kilometer sejam (3,800 batu sejam), dengan keupayaan untuk bergerak semasa penerbangan.
Ciri-ciri utamanya:
◎ Kelajuan yang sangat tinggi, yang memberikan masa amaran yang sangat singkat untuk musuh.
◎ Kebolehgerakan, menyukarkan pemintasan.
◎ Ia terbang pada ketinggian sederhana, antara balistik (angkasa) dan peluru berpandu jelajah, menjadikannya sukar untuk dikesan dengan radar.
Garis putus-putus merah gelap mewakili trajektori peluru berpandu hipersonik.
1. Guna powerbank berkapasiti maksimum 10,000mAh. Ini kapasiti paling selamat dan jarang timbul isu di lapangan terbang.
2. Nak bawa lebih? Guna dua unit 10,000mAh. Satu boleh dicas di hotel, satu lagi dibawa semasa berjalan – praktikal dan selamat.
3. Negara seperti Indonesia, China dan Thailand sangat tegas tentang powerbank.
Powerbank tanpa label kapasiti boleh dirampas.
Powerbank melebihi 20,000mAh juga boleh dirampas.
4. Powerbank tak boleh dimasukkan dalam bagasi kargo. Mesti hand carry dan dibawa masuk ke dalam kabin.
Penggunaan powerbank dalam pesawat biasanya dilarang.
5. Pastikan powerbank anda fully charged sebelum travel. Sesetengah lapangan terbang (contohnya di China) mungkin minta anda tunjukkan ia boleh berfungsi.
6. Elakkan bawa powerbank yang nampak mencurigakan. Powerbank tanpa jenama, casing retak atau nampak homemade boleh dianggap berisiko dan dirampas.
7. Semak polisi syarikat penerbangan. Setiap airline ada had berbeza. Contohnya:
Maksimum 100Wh (sekitar 27,000mAh) dibenarkan tanpa kelulusan khas.
Ada airline hadkan hanya 2 unit powerbank per penumpang.
8. Simpan powerbank dalam beg yang mudah dicapai semasa pemeriksaan keselamatan. Mudahkan pemeriksaan X-ray dan elakkan ditahan untuk buka beg.
9. Jangan guna powerbank dalam pesawat. Walaupun ada USB port di tempat duduk, sebaiknya guna kuasa dari pesawat sahaja untuk keselamatan.
West Coast Expressway (WCE) memaklumkan bahawa kutipan tol bagi Jajaran Seksyen 2 yang menghubungkan Persimpangan Bertingkat SAE (KESAS), Persimpangan Bertingkat Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE), serta Persimpangan Bertingkat Banting akan bermula pada hari Jumaat, 13 Jun 2025, tepat jam 12.01 tengah malam.
Kerajaan Pahang telah menghantar cadangan Pahang Space Port di Nenasi, Pekan untuk kelulusan Kerajaan Pusat.
Jika dibina, ini bakal menjadi space port pertama di Asia Tenggara. Projek ini memerlukan kelulusan daripada MOSTI, National Physical Planning Council, dan National Security Council.
Buat pertama kali peluru berpandu dari Iran menunjukkan kemampuan sebenar. Itu pun Iran masih menggunakan peluru berpandu stok lama. Bukan model yang terkini yang mereka ada.
Korang ingat enjin kereta ni simple? Tengok gambar tu, semua part tu ada peranan, dan semua boleh buat masalah kalau tak jaga betul-betul. Berikut contoh masalah yang mungkin timbul akibat kerosakan parts tersebut.
Blok enjin ni kalau dah panas melampau, boleh retak atau herot. Lepas tu air mula bocor, ekzos keluar asap putih, kadang minyak jadi macam susu. Korang tak perasan, tapi suhu enjin makin naik gila-gila.
Kalau silinder liner dalam blok mula haus, enjin akan bunyi kasar, minyak asyik kurang. Ekzos keluar asap kebiruan, lepas tu bawak rasa semput.
Thread bolt kat blok kalau dah haus, part atas takkan rapat elok. Tekanan lari, air atau minyak mula keluar kat celah-celah. Nampak remeh, tapi tu punca banyak problem.
Head enjin pun sama. Bila head retak atau bengkok, korang akan nampak simptom lebih kurang macam asap putih, suhu naik, minyak dan air campur. Idle enjin pun jadi lari2 semacam.
Valve seat dengan guide pun boleh haus. Bila tu jadi, minyak akan masuk ruang yang tak patut. Enjin jadi lemah, keluar asap biru, bunyi macam ada benda longgar kat dalam.
Kalau salur minyak dalam head tersumbat, minyak susah nak naik atas. Mula la bunyi ketuk halus-halus kat bahagian atas enjin. Kalau dibiarkan, habis la semua cepat haus.
Pam air bocor ni senang nampak. Korang parking je, bawah kereta ada air warna pelik. Warna pink, hijau, oren, ikut coolant apa korang guna.
Kalau bearing dalam pam dah longgar, bunyi akan keluar dari depan enjin. Lagi tekan minyak, lagi kuat bunyi nyaring tu. Tak repair cepat, nanti suhu terus naik.
Bila pam air tak pusing elok2, air dalam sistem tak berjalan. Enjin pun cepat overheat. Kadang korang nampak stim keluar dari bonet.
Pulley pam air pun boleh longgar. Bila longgar, dia goyang, lepas tu boleh cabut belt. Enjin terus hilang kuasa, pastu semua benda tak gerak.
Gasket pam air bocor, biasanya air keluar sikit-sikit. Korang mungkin tak perasan awal-awal. Tapi bila isi air banyak kali baru sedar ada yang tak kena.
Timing cover pun boleh buat hal. Kalau gasket bocor, minyak keluar tepi depan enjin. Kadang korang nampak ada kesan hitam pekat kat bawah atau tepi.
Ada sesetengah timing cover ada laluan air. Kalau bahagian tu bocor, air coolant pun boleh keluar. Nampak macam masalah kecik, tapi makin lama makin teruk.
Crankshaft seal bocor, biasa nampak minyak meleleh dari pulley depan. Korang letak kereta, bawah tu ada kesan tompok besar. Minyak pun cepat kurang.
Pam minyak pun tak boleh buat main. Bila pressure rendah, lampu tekanan minyak terus menyala. Jangan tunggu, terus berhenti. Kalau terus jalan, boleh jadi masalah besar nanti.
Tak cukup minyak juga boleh buat enjin jadi panas. Memang nampak tak berkait, tapi bila bahagian dalam bergesel kuat, suhu pun naik perlahan-lahan.
Oil pan bocor ni senang kesan. Biasanya minyak menitik dari bawah enjin. Sama ada pan kemek, gasket longgar atau plug tak ketat.
Kalau pan kemek, isi minyak banyak mana pun tak cukup. Kadang pickup pun tak boleh sedut elok-elok. Enjin terus tak cukup pelinciran.
Gasket bawah oil pan pun sama. Bila getah dah keras, minyak mula keluar ikut celah-celah. Mula-mula sikit je, lama-lama jadi genang bawah kereta.
Kalau gasket plug bocor, minyak keluar terus dari skru buang. Biasanya lepas servis kalau pomen lupa tukar gasket baru, confirm jadi.
Oil cooler pun boleh buat hal. Kalau seal dalam pecah, minyak campur dengan air. Korang buka penutup radiator, nampak buih macam teh tarik.
Kadang minyak boleh keluar ikut cooler tu juga. Luar nampak ok, tapi bila start je, minyak meleleh kat bawah enjin.
Cooler tersumbat pun boleh jadi punca suhu naik. Walaupun bukan punca utama, tapi bila minyak tak sejuk, enjin pun mula jadi panas semacam.
Kalau korang jenis suka pakai kereta sampai 10 tahun, sistem penyejukan ni kena jaga betul-betul. Tak nampak problem tak bermakna takde apa-apa.
Enjin cepat panas ni salah satu tanda sistem penyejukan ada masalah. Mula-mula suhu naik sikit, lepas tu makin lama makin tinggi. Kalau terus dibiar, boleh bagi problem besar kat enjin. Kadang masalah simple je, macam air kurang dalam radiator atau catch tank bocor sikit.
Thermostat yang jem pun boleh jadi punca. Bila dia tersangkut tertutup, air tak boleh pusing masuk radiator. Enjin pun masak dalam diam. Lagi satu, kalau pump air dah haus, air pun tak berapa nak jalan elok. Lama-lama enjin pun jadi sauna.
Radiator pun boleh tersumbat. Luar nampak bersih, tapi dalam dah penuh karat atau lumpur. Bila air tak boleh keluar masuk dengan lancar, suhu pun naik macam biasa. Lepas tu mula la berasap tengah jalan
Korang kena tengok juga hos-hos yang sambung semua benda ni. Kalau ada bocor, air keluar sikit-sikit. Memang tak perasan, tapi lepas seminggu, air tinggal suku je. Kena rajin jeling bawah kereta, mana tahu ada tompokan pelik.
Bila nampak suhu naik, jangan tunggu sampai bonet berasap baru nak buat apa-apa. Bukak bonet awal-awal, check air. Kalau air tak cukup, isi. Tapi jangan lupa cari punca kenapa air kurang. Isi je tanpa baiki pun tak guna.
Kalau air dah cukup, tapi suhu tetap naik, korang kena tengok thermostat. Kalau start enjin terus panas, besar kemungkinan thermostat tu dah jem. Tukar je. Barang tak mahal, tapi kalau tak tukar, boleh telan duit enjin nanti.
Pump air pun tak boleh lepas pandang. Kalau dengar bunyi pelik masa enjin jalan, atau ada air meleleh kat situ, maknanya pump tu dah nak habis riwayat. Tukar awal lagi bagus dari tolak kereta tepi jalan.
Kalau rasa radiator dah tua sangat, elok flush kasi bersih. Kalau flush pun tak jadi, terus tukar. Radiator lama kadang dalam dia dah keras, air pun tak boleh pusing betul.
Pendek kata, semua benda dalam sistem ni saling berkait. Jangan ingat tukar satu barang je boleh settle. Kalau satu problem, satu kereta boleh tempias. Lagi lama pakai kereta, lagi banyak benda kena tengok. Tapi kalau jaga elok, takde la korang kena tolak kereta tengah highway
Apabila pesawat Air India terhempas ke dalam bangunan yang agak biasa, struktur itu kebanyakannya kekal utuh – diperbuat daripada konkrit dan batu bata. Malah ekor dan serpihan pesawat itu jelas kelihatan.
Tetapi semasa kejadian 9/11, apabila kapal terbang itu melanggar Pusat Dagangan Dunia (WTC), keseluruhan bangunan itu runtuh sehingga ke tanah. Kita bercakap tentang bangunan pencakar langit keluli dan konkrit bertetulang kuat. Bukan satu, tetapi tiga bangunan runtuh – dan anehnya, bangunan ketiga (WTC 7) tidak langsung dilanggar kapal terbang, namun ia jatuh dengan cara yang sama.
Untuk menjadikannya lebih mencurigakan, tiada kesan serpihan kapal terbang – tiada sayap, tiada ekor, tiada tempat duduk – hanya debu yang hancur. Dan entah bagaimana, pasport milik salah seorang perampas telah ditemui semula secara ajaib, kononnya dikeluarkan dari neraka. Namun begitu, orang ramai masih mempercayai cerita rasmi itu.
Ia membuatkan anda tertanya-tanya — adakah orang hanya bersyarat untuk tidak bertanya soalan, atau adakah ia sesuatu yang lebih mendalam?
Jika nahas kapal terbang biasanya meninggalkan serpihan besar yang boleh dilihat – sayap, ekor, enjin, serpihan – bagaimanakah dua jet komersial besar-besaran benar-benar hilang menjadi debu apabila melanggar Menara Berkembar, meninggalkan hampir tiada saki-baki pesawat di belakang, namun pasport kertas perampas ditemui tidak terjejas dan utuh berhampiran Ground Zero?