Polis rampas puluhan buku GISBH dan Al Arqam

Polis merampas puluhan buku berkaitan ajaran dan doktrin yang diperjuangkan oleh GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) di tepi sungai berhampiran kediaman pengikut kumpulan berkenaan di Kampung Panji di sini pada Sabtu.

Puluhan buku itu ditemukan tertanam di kawasan tebing sungai.

Polis Rampas Buku Gisbh 01
Polis Rampas Buku Gisbh 02
Polis Rampas Buku Gisbh 03
Polis Rampas Buku Gisbh 04
Polis Rampas Buku Gisbh 05

Kami menafikan semua tuduhan dan fitnah – GISBH

GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) menafikan dakwaan rumah amal kendalian pihaknya terbabit dalam mendidik kanak-kanak di bawah jagaannya dengan amalan seks luar tabii.

Menurutnya, tuduhan itu adalah berat dengan niat menimbulkan prasangka, fitnah dan berniat jahat sekali gus mewujudkan persepsi negatif terhadap GISBH.

Katanya, pihaknya yakin tuduhan itu dilemparkan daripada pihak tertentu yang mempunyai agenda tersembunyi dan terancang bagi menjatuhkan imej dan perniagaan syarikat terbabit.

“Kami menafikan segala tuduhan itu kerana rumah amal yang dinyatakan itu jelas bukan di bawah kendalian GISBH. “Juga, bukan menjadi dasar kami untuk merancang dan melaksanakan perkara-perkara yang bertentangan dengan syariat Islam dan undang-undang negara.

“Sebaliknya GISBH sentiasa berusaha memastikan ‘Islam Sebagai Cara Hidup’ diamalkan dalam seluruh aspek kehidupan,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut kenyataan itu, pihaknya akan membuat laporan polis dalam masa terdekat supaya siasatan dilakukan dan pihak yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan.

“Kami tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas mana-mana pihak yang sengaja berniat jahat untuk mencemarkan nama baik GISBH,” katanya.

Gisb Kena Serbu