Pelanggan yang dihormati,
Kaunter Perkhidmatan Pembaharuan Cukai Jalan akan beroperasi semula di PUSPAKOM Sarikei mulai Isnin, 4 November 2024, dari 9.00 pagi hingga 5.30 petang pada setiap hari bekerja.
Terima kasih.

Sekadar Info Terkini
Pelanggan yang dihormati,
Kaunter Perkhidmatan Pembaharuan Cukai Jalan akan beroperasi semula di PUSPAKOM Sarikei mulai Isnin, 4 November 2024, dari 9.00 pagi hingga 5.30 petang pada setiap hari bekerja.
Terima kasih.

Putrajaya: PUSPAKOM yang pada hari ini diberikan lesen pemeriksaan kenderaan meliputi pemeriksaan awalam, pemeriksaan berkala dan pemeriksaan tukar milik.
Pada 17.3.23 kerajaan telah menamatkan lesen eksklusif kepada Puspakom untuk memeriksa kenderaan dan serentak dengan itu kerajaan membuka kepada mana-mana syarikat yang berminat untuk mendapatkan lesen pemeriksaan kenderaan.
Syarat-syarat pula adalah sepertimana yang dikenakan kepada Puspakom sebelum ini, dan berdasarkan syarikat mana yang terlebih dahulu menghantar permohonan akan diproses lebih awal.
Kepada syarikat yang berminat boleh mendapatkan borang di laman web Kementerian Pengangkutan atau datang sendiri ke Kementerian Pengangkutan Malaysia.

𝗝𝗮𝗱𝘂𝗮𝗹 𝗣𝗲𝗿𝗸𝗵𝗶𝗱𝗺𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗟𝘂𝗮𝗿 𝗞𝗮𝘄𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗣𝗨𝗦𝗣𝗔𝗞𝗢𝗠 (𝗦𝗮𝗯𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗦𝗮𝗿𝗮𝘄𝗮𝗸) 𝗕𝗮𝗴𝗶 𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗝𝗮𝗻𝘂𝗮𝗿𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟰
Tidak ketinggalan pengguna di kawasan terpencil di Sabah & Sarawak. Kami menyediakan perkhidmatan pemeriksaan kenderaan secara lawatan dengan membawa peralatan pemeriksaan mengikut jadual yang ditetapkan bagi memastikan kenderaan di kawasan terpencil selamat digunakan di atas jalan raya.
Jadual terkini kami boleh didapati di laman web rasmi PUSPAKOM

Kepada semua kenderaan perdagangan yang mempunyai Berat Dengan Muatan (BDM) lebih 3500 kg adalah tertakluk kepada notis pemasangan reflektor tambahan MS 828 ini.
Ianya adalah diwajibkan bermula 1 Januari 2024.

Product Recall dalam sektor automotif di peringkat global merupakan suatu aktiviti yang lazim diadakan oleh pengeluar kenderaan di mana aktiviti tersebut dilaksanakan melalui pemakluman kepada pemilik kenderaan sama ada melalui media cetak atau elektronik berkenaan keterlibatan kenderaan pemilik dalam aktiviti Product Recall.
Sebagai pemilik kenderaan pula hendaklah sentiasa peka dan memberikan kerjasama penuh apabila menerima notis makluman ini dengan menghubungi rangkaian pusat servis atau wakil pengedar yang telah ditetapkan bagi membuat temu janji dan mematuhi jadual giliran yang telah disusun oleh pusat servis tersebut.
Pemilik kenderaan juga tidak perlu risau kerana kos penukaran alat ganti adalah percuma dan ditanggung sepenuhnya oleh pihak pengeluar kenderaan. Pemilik kenderaan hanya perlu meluangkan masa untuk menghantar kenderaan ke pusat servis yang ditetapkan. Alasan kekurangan masa perlu juga diketepikan apabila melibatkan keselamatan pemandu dan penumpang di dalam kenderaan sendiri.
Pihak pengeluar kenderaan telah melaksanakan tugas mereka untuk memaklumkan dan mereka bersedia menanggung sepenuhnya kos penukaran alat ganti, kini terpulang kepada pemilik kenderaan untuk melaksanakan peranan dalam menegakkan hak sebagai pengguna. Jangan jadikan diri anda dan keluarga sebagai mangsa kemalangan jalan raya akibat kecuaian diri sendiri.
#MOTMalaysia#jpj2023#DigitalisasiKebitaraanJPJ#JPJMalaysia#infoJPJ#aduanJPJ#soalanJPJ#viralJPJ#PanduCermatSampaiSelamat




