Like this:

Insuran ehailing untuk siapa? Pemandu atau pengguna
Insuran ehailing yang diwajibkan kepada pemandu ehailing sebenarnya perlindungan untuk siapa? Sebentar tadi saya dihubungi oleh seorang kawan yang merupakan kakitangan sebuah syarikat ehailing terkemuka dan memaklumkan bahawa beliau sendiri tertanya-tanya fungsi insuran ehailing tersebut. Apabila ditanya apa kandungan di dalam terma-terma insuran ehailing yang dimiliki oleh beliau jawapannya ialah beliau sendiri tidak nampak siapa yang dilindungi oleh insuran tersebut. Lebih mengejutkan apabila beliau mendakwa tidak nampak ayat yang menunjukkan insuran tersebut melindungi penumpang ehailing. Sementara itu topik insuran ehailing semakin panas dibicarakan oleh pemandu-pemandu ehailing kebelakangan ini ekoran kenaikkan mendadak melebihi 50% yang dikenakan oleh syarikat insuran kepada mereka. Selain dari kenaikan harga insuran ehailing pemandu juga tertanya-tanya keberkesanan insuran ehailing tersebut apatah lagi mereka sendiri telah mempunyai insuran kereta biasa sebelum ini. Saya masih menunggu pemandu pertama yang telah berjaya membuat tuntutan melalui insuran ehailing ini untuk dijadikan contoh namun sehingga hari ini masih belum ada yang sedia berkongsi pengalaman mereka. Beberapa hari yang lalu pihak insuran didakwa memberikan alasan ramai pemandu ehailing membuat tuntutan melalui insuran ehailing sehingga mereka terpaksa menaikkan kadar insuran ehailing tersebut. Terima kasih RA Ehailing.fm @top fans #ehailing #segim #phailing #gig #teksi #segim #mycar #pekerjabebas #insuran #insuransakau #insuranehailing

Leave a Reply

Like this:

Discover more from Dunia E-Hailing & P-Hailing

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading