Like this:

Kelantan : MyFutureJobs pada 28.4.24
PROGRAM TEMUDUGA MYFUTUREJOBS BERSEMPENA SIRI JELAJAH GIG, KEUSAHAWANAN DAN TRANSISI KE PEKERJAAN FORMAL NEGERI KELANTAN ANJURAN PERKESO NEGERI KELANTAN  Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) mula dilaksanakan pada Januari 2018 sebagai satu jaringan keselamatan sosial yang bertujuan membantu golongan pekerja yang kehilangan pekerjaan untuk mendapatkan bantuan kewangan dan mencari pekerjaan baru.  Sehubungan itu PERKESO melalui Bahagian Perkhidmatan Pekerjaan akan mengadakan satu temu duga terbuka bagi membuka peluang pekerjaan yang ditawarkan kepada Orang Berinsurans serta pencari kerja untuk hadir memohon jawatan yang ditawarkan. Tuan/Puan diminta untuk mewar-warkan program ini bagi membuka peluang pekerjaan kepada orang berinsurans dan pencari kerja (hebahan umum). Program : Siri Jelajah Gig, Keusahawanan dan Transisi ke Pekerjaan                 Formal Karnival Kerjaya MYFutureJobs Negeri Kelantan Tarikh : 28 April 2024 (Ahad) Masa   : 9.00 pagi – 5.00 petang Tempat  : Wisma PERKESO Negeri Kelantan  Disertakan juga bersama emel ini ialah poster yang akan digunakan bagi tujuan pengiklanan di media sosial. Bagi yang berminat, boleh membuat pra pendaftaran melalui pautan https://bit.ly/SIRIJELAJAHKEL   Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya di talian 019-6360573. Kerjasama dari pihak tuan/puan saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.

Leave a Reply

Like this:

Discover more from Dunia E-Hailing & P-Hailing

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading