Like this:

Kementerian Komunikasi dan KESUMA jalin kerjasama hargai penggiat seni
Hari ini, Kementerian Komunikasi melalui FINAS Malaysia dan Kementerian Sumber Manusia melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) memeterai MoU untuk sediakan sokongan jaringan keselamatan sosial kepada 4,500 penggiat seni, terutamanya dalam bidang perfileman. Ini merupakan langkah awal ke arah menjamin keselamatan sosial pekerjaan golongan terbabit. Menerusi MoU hari ini, kita tidak hanya membantu untuk mereka mencarum, tetapi turut menggalakkan setiap pekerja seni mendapatkan perlindungan melalui Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS). Nilai caruman bagi setiap individu adalah sebanyak RM232.80 setahun. Untuk tahun ini, 90 peratus nilai caruman ditanggung oleh pihak kerajaan. Manakala seperti saya umumkan tadi, baki 10 peratus lagi ditaja oleh FINAS. Saya harap MoU ini akan membawa impak yang positif untuk mengorak langkah seterusnya dalam meningkatkan taraf kehidupan serta kesejahteraan para penggiat seni. Terima kasih saya ucapkan kepada sahabat saya Saudara Steven Sim Chee Keong 沈志强 kerana bersama-sama membantu merealisasikan inisiatif ini.

Leave a Reply

Like this:

Discover more from Dunia E-Hailing & P-Hailing

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading