Like this:

Gabungan Ehailing Malaysia GEM disaran berhimpun di pejabat syarikat ehailing
Gabungan Ehailing Malaysia GEM yang diketuai oleh Saudara Jose Rizal dicadangkan mengadakan satu himpunan di hadapan syarikat penyedia applikasi ehailing yang menjadikan sistem BID sebagai kaedah tempahan di dalam applikasi mereka. Cadangan itu disuarakan selepas GEM dilihat berjaya menyertai satu siri perarakkan dan himpunan pada 1 Mei lepas sempena Hari Pekerja 2024. Himpunan tersebut dilihat berjaya menyedarkan ramai golongan pemandu ehailing dan penghantar phailing itu termasuk beberapa NGO lain. Difahamkan maklumbalas yang diterima juga ada pelbagai termasuk ada cadangan supaya pihak GEM bukan hanya menyasarkan pihak kerajaan tetapi juga syarikat ehailing yang terus lepas tangan serta mengabaikan kepentingan golongan pemandu dan penghantar. Dengan cara mengadakan himpunan di hadapan syarikat ehailing tersebut dipercayai boleh memberi isyarat lebih jelas kepada kepimpinan syarikat ehailing tersebut. RA Ehailing.fm Khamis 4.5.24 13:46 #ehailing #phailing #gig #teksi #segim #mycar #pekerjabebas #kadartambangehailing #gem

Leave a Reply

Like this:

Discover more from Dunia E-Hailing & P-Hailing

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading