Like this:

GEM teliti cadangan berhimpun di perkarangan pejabat ehailing
Cadangan berhimpun di perkarangan sebuah syarikat ehailing disambut positif.. Kemungkinan satu memorandum berkenaan dengan kadar tambang bawah lantai akan diserahkan.. Sebelum itu syarikat ehailing yang dimaksudkan dipercayai membenarkan applikasi milik mereka meletakkan paras harga amat tidak masuk akal kerana kaedah BID yang terdapat di dalam applikasi mereka sehingga para pemandu ehailing beroperasi di dalam kerugian. Susulan cadangan itu sumber dalaman daripada Gabungan Ehailing Malaysia GEM menyebut perkara itu di dalam proses pertimbangan di kalangan pemimpin atasan GEM. Syarikat ehailing tersebut sebelum ini telah diberi teguran supaya meletakkan paras munasabah namun keegoan mereka terus menyebabkan pemandu ehailing sengsara. Walaupun kaedah BID mendapat sambutan yang baik daripada pengguna namun itu sepatutnya bukan alasan kepada syarikat ehailing ini membenarkan penumpang melakukan BID dengan sewenang-wenangnya. 6.6.24 7:45 pagi #ehailing #phailing #gig #teksi #segim #mycar #pekerjabebas #apad #indrive #grab #airasiaride #gojo #maxim

Leave a Reply

Like this:

Discover more from Dunia E-Hailing & P-Hailing

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading